Jumaat, 24 Disember 2010

The Best Song Ever from BEP - The Time

Let Party!

video

Gadget baru dari Blackberry?

zaman sekarang memamg zaman moden... macam-macam ada... ko ada? ahaksss.. menjengah je tahun 2000 dulu semuanya telah berubah.. dari handset besar kedabak pastu berat sehingga la bertukar menjadi kecik dan ringan.. tetatpi kenapa masok je tahun 2010 ni kan.. handset yang sekecik-kecik alam bertukar jadi besar lak ek? tp ringan... contoh cam iphone bertukar ke ipad... aiyorkkk... yang ni terbaru dari blackberry.. 
kini dibersembahkan Blackberry Playbook.. ni die rupe wajah blackberry Playbook ngan video sekali aku kasi korang tgk.. 



layan yer... mana taw korang berkenan plak ngan benda ni

Rabu, 22 Disember 2010

Gathering PJM Johor - 24 Dis 2010

Selamat pagi dan salam sejahtera pada semua Pembaca blog ben'g.. sorry da lama x update blog walaupun baru 2 3 hari ja... ekeke ... mek nak maklum pasal gathering PJM Johor yang diadakan pada 24 Dis 2010 ni.. so semua ambil maklum yer uolsss... 

perkara telah diluluskan seperti berikut:

- Stay Hotel Sentosa for 1 nite (1 bilik je untuk korang tukar2 pakaian)
- Tempat berkumpul kat Hotel selesa.. Mulai jam 0500H - ben'g akan tunggu sana..
- dari kul 8 mlm ke 10 mlm kiter lepak kat kedai makan... sesi kenal2


- dari kul 1015 mlm ke 1159 - lepak kat tepi stulang... sesi mencarot...

- 1200 ke 3pg.. sesi clubbing.. tema club ialah Putih!! sempena white christmas(clubbing ni masing2 bayar... cover charge RM 40 (maybe).. tp kalo ramai better share2.. pastu open bottle, or something.. so boleh runding ngan bonser masok ramai~




bagi yang x tau boleh lihat map kat bawah ni... 




harap maklum...

Ahad, 19 Disember 2010

Tip Menjadi Kurus

Aiyoo rasa badan ni macam da tong drum da... risau ni.. dulu da penah nek smpi 102kg... pastu berjaya turun.. now 85kg...  jgn la korang jadi cam aku yang gemuk smpi 102kg tuh... fenin sgt nak turunkan camne.. 

nak tau rupe aku berat 102kg? very the tembam sgt uolsss... takot mekssss
ni la die 102kg

sekarang da x lagi 
85 kg...

meh ben'g kongsi skit tips-tips nak kasi kurus macam ben'g... hehehe

1)      Aktiviti senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yng beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat diwara-warakan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.
2)      Kurangkan ‘screen time’. Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Pendek ceritanya, kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer. Anda akan kurang untuk melakukan aktiviti luar sekiranya masa anda banyak dihabiskn di depan televisyen. Kurangkanlah screen time itu untuk sekitar 2 jam sehari sahaja.
3)      Sayuran dan buah-buahan. Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda. Justeru dengan pengambilan sayur dan buahan yang mencukupi, secara tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak berlebihan. Maka, tiadalah masalah pertambahan berat badan.
4)      Jangan tinggalkan sarapan pagi. Ramai di kalangan kita, anda atau sesiapa sahaja yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah! Ya, mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada sarapan pagi.
5)      Kurangkan minuman bergas. Salah satu faktor kegemukan juga adalah disebebkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.
 Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang. Amalkan cara yang hidup yang sihat. Sesiapa yang malas-malas itu, ayuh rajinkan diri. Jadilah manusia yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk setiap hambaNya mencapai apa yang dimahukan. Mengapa kita sendiri yang enggan berusaha untuk menggapainya. Rahsia itu sudah pun ada di tangan anda. Ayuh, marilah, apa tunggu lagi!
Selamat mencuba yer uolsssss~


KSL City - The New Shooping Mall at JOHOR BAHRU

Selamat pagi uolsss... sorry meks da lama tak update blog coz x taw nak upadate pasal ape uollsss.. yer la iolss ni bukan jenis suke nak berkarang2 bagai... semalam iolsss kuar ngan family iolssss, iolsss bawa pergi jejalan kat KSL City, Johor bahru yang baru released on 12.12.2010 lepas... 
Menarik juga rupe KSL City tu walaupun tak 100% siap ag.. since nice... kat paper pun cakap KSL City ni mempunyai shopping mall ni bertaraf 5 bintang, D'Esplanade Residence dan KSL Resort..  Shopping Mall die x la sehebat PAVILION KL..
cuma yang membezakan nye ialah KSL City ada 3 dalam 1.. 

So padah kengkawan yang ingin menjenggah g la uolsss.. tgk barang-brang pun x la mahal mana.. inviroment die tip top.. cuma kawasan stage die cam kecik jo... hahaha... 

ni la rupe KSL city




bagi korang yang x taw kat mana KSL City tu korang leh la tgk map kat bawah ni.. khas tuk korang.. website sekali ben tadahkan... klik je KSL City, Johor Bahru

Tengok la puas-puas.. kalo x faham leh bertanya


Rabu, 15 Disember 2010

Anak Aku ke??

Bertambah berseri la rumah ni dengan kehadiran 1 lagi hero baru dalam umah... di lahirkan pada 10 Dis 2010 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru... gembira rasa nya hati... nama baby comel ni Steve Mickson.. cool x nama die? macam rupe die kan.. sesuai sangat.. 




lepas ni riuh rendah la rumah macam rumah irang yang berperang bagai... tp meriah la.. sebab dah ada ahli baru dalam rumah.. 

tetapi anak aku kah ini??
sape kah yang melahirkan nya?
bila masa pulak aku berkahwin? 

x per la.. kalo korang rasa nak tau gak..korang tanya je la aku ek.. hehehe... 

ni la gambar-gambar baby comel bernama Steve Mickson... 



Persatuan Jantan Malaysia [pJm]

Logo Rasmi PJM (pertama)
Logo Rasmi PJM (Kedua)

PJM telah ditubuhkan pada bulan 10 tahun 2010, objektif PJM adalah untuk mengeratkan silahturahim diantara jantan-jantan di malaysia. Aktiviti PJM juga akan dimaklumkan dari masa ke semasa.. 
Aktiviti yang dirancang terdekat ialah Gathering: 
Gathering PJM Johor pada 24 Dis 2010.
aktiviti:
BBQ and Clubbing
1st Gathering PJM pada 8 Jan 2010 dibuat di Kuala Lumpur.
Aktiviti dirancang:
(Plan A)
Sewaan 1 Banglow (Bergantung pada Sponser)
(Plan B)
Karaoke
Bowling
Clubbing
Bagi Karaoke n Bowling collection akan dilakukan. dan bagi clubbing adalah kos masing-masing

sekian dari President PJM
bagi yang nak menyertai boleh la add group ini 


Anakku Yang Cemerlang

Ha ni la Sijil Pengiktirafan yang anak aku dapat berserta hadiah lagi... 

pada 12 Nov 2010 aku telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk menghadiri Majlis Penanugerahan Kecemerlangan Anak Sekolah SKBSA 1.. x sangkat anak aku ni pandai jugak orang nyer walaupun lembab sedikit.. maybe tu adalah cara die memahami n memperlajari sesuatu.. 
berikut sedikit keputusan anak aku:
Ujian Pertama : Tempat Kedua
Ujian Kedua : Tempat Pertama
Ujian Ketiga : Tempat Pertama
Ujian Keempat : Tempat Pertama

Ayah berharap sangat anak ayah boleh maju ke depan lagi.. belajar bersungguh-sungguh sebab bila ayah da tua x de sape nak jaga melainkan anak ayah je.. Ya tuhan aku berterima kasih padamu kerana telah memberikan sinar hidup yang terang pada anakku.. 
kegigihan dan kekuasaan mu tuhan tiada tolok banding nye...
thanks lord!!
dengan gayanye anak aku memegang sijil n hadiah... lalalala~ 
(papa gembira)

Ni la Video Pendek anak aku amik sijil... caya lah!!
video

Sepetang Di Pejabat

Normally lah kah bila da petang je perut dah berkeroncong bagai... tanda nye perut tu perlu diisi.. hehehe
hari-hari ngadap keropok lekor dan goreng pisang.. sodap seh sampai menjilat jari uolsss... korang ado? x dak kan... hahahaha

jom layan goreng pisang n lekor cicah ngan sambal kecap sodap ni uolssss... sambil membuncitkan perut dan membuat kerja... Menikmati keenakan masakan malaysia... yum yum yum hehehehe

Goreng Pisang

Keropok Lekor

Gelagat anak-anak

Salam.... setelah 3 hari x update blog arini ben'g nak cerita skit pasal gelagak anak-anak iolsss ni walaupun ader yang bukan anak ben'g... uolsss harus nonton aksi dorang ni... pic dorang sendiri snap yer... (ada bakat jugak anak ku ni) hehehe... 

ada la pada satu hari tu aku duk umah jew.. x der per nak buat.. sambil-sambil tu aku on9 la... ntah tetibe anak aku ni plak amik handset aku die belek-belek men game la pe la... pastu tup tup die snap pic die ngan anak adik org nie... pandai nye!!

anak aku jugak kan~ opssss 
walapun anak aku tiada emak ag... tp die faham ngan aku...
penah aku tanya die :
nak ada mak baru x? 
jawapan: x nak la...
Rindu x kat adik ko:
x... (motip)
n banyak lagi la aku tanya.. hehehe.. selebih nye aku x leh bagitau terang2 karang kantoi... opsss

ni la pic dorang Snap! snap! snap!

ada gaya la konon~ erkkk

Comelkan anak aku nie.. macam ayah die... opsss

peace no war

mood sede jew..

tido dalam lena

anak aku (pompuan) n anak adik aku (lelaki)

motip menonggeng~

Isnin, 13 Disember 2010

Karoke sengal~

sayu mendayu terkenang liku-liku kehidupan... erkkk motipsss nak bercengkerama bagai... ni nak habaq mai clip video iolsss yang agak sengal ala-ala suara di dalam perigi... dengan lagak bunyi senggau... iolsss bangga yer... bukan x bangga... hehehe da tu suara yang i mampu uolsssss... nak ni video nyer... ahakssss


Separuh Jiwa Ku Pergi (anang) - By Ben'g Zuber Menolza


P.U.S.P.A - by Ben'g Zuber Menolza

Ahad, 12 Disember 2010

ala-ala model kekwat

first for all... selamat petang bagai nak hagus je kulit2 ni kena panas yang ala2 neraka yang x neraka sgt... 
erkkk... motip sebut neraka... 

mek just nak upload pic iolss yang klik2 gitew... ala avang yang x melepzzz...






pic taken by: wa-are wawan

Krismas Dihatiku

Wah setelah lama Ben'g x berblog uolssss... tetibe je rasa nak berblog plak rini... gaygeh kanss....
bulan disember telah tiba... mood x'mas pun menebal uolsss... mek da siapkan segala decorating kat umah iolsss yang x seberapa ala2 tong kang pecah... (tp sorry uolsss x pat nak amik pic) ngeeee..

X'mas bakal menjelang uollssss dikesempatan ini iolsss nak ucapan Selamat Hari Natal dan Tahun baru 2011 kepada semua yang mengenali Ben'g... x kira la ader dalam pelusuk mana pun... 
semoga dengan kehadiran tahun baru nanti memberikan anda azam yang penuh dengan pacanroba... opssss

sempat mengediting pic iolssss tok uolssss (mood ceria)